Thursday, May 20, 2010

Setiausaha Agung PKR Menghina Mahkamah

Pada 12hb February 2010, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin. Nasution Ismail melalui risalah SUA2010/Pekeliling/0001 telah melemparkan fitnah terhadap Jentera Polis, Peguam Negara, Media dan Mahkamah dan juga pemimpin UMNO/BN. Di dalam risalah tersebut Jentera Polis, Peguam Negara, Media dan Mahkamah dan juga pemimpin UMNO/BN dikatakan telah memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan mengheretnya ke Mahkamah dengan jenayah yang tidak beliau lakukan. Saifudin Nasution Ismail juga telah menggangu prosiding Mahkamah dan kerja-kerja pendakwaan dengan menyebarkan risalah berkaitan dengan siasatan/lapuran perubatan kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim yang masih berjalan di Mahkamah pada ketika ini. Selanjutnya Saifuddin Nasution Ismail juga mengecam tindakan Peguam Negara yang meneruskan pendakwaan ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Saifuddin juga menyatakan bahawa pemerintah juga menguasai pihak media untuk melaporkan kejadian tidak benar.

Tujuan saya membuat laporan polis ini adalah untuk menjaga keharmonian,keamanan dan kepentingan system perundangan negara.

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) melihat tindakan Saifuddin, Setiausaha Agung PKR ini sebagai usaha beliau dan Parti Keadilan Rakyat untuk memesongkan fakta kes. Tindakan ini juga untuk meraih simpati dari kalangan rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian dan keamanan yang dikecapi sekarang. Tindakan beliau mengecam Institusi Kehakiman, Polis DiRaja Malaysia dilihat untuk mengeheret badan bebas ini ke dalam kancah politik.

JMM dengan ini mendesak agar siasatan dijalankan terhadap Saifuddin Nasution dan jelas kandungan risalah ini menggangu prosiding mahkamah. Tindakan yang tegas perlu diambil selaras dengan undang-undang sedia ada. Tindakan beliau mengeluarkan risalah ini merupakan satu perbuatan “jenayah” yang perlu diambil tindakan bagi menjaga kepentingan nama Pasukan Polis, Peguam Negara dan system kehakiman di negara ini.

Sekian Terima kasih,

“Jujur & Amanah Satu Perjuangan”

Yang Benar,
TENGKU AMALLUDDIN SANI BIN RAJA AHMAD SUFIAN
Setiausaha Agung

No comments:

Post a Comment