Wednesday, June 19, 2013

Admin Page JMM



PEMBERITAHUAN

Salam sejahtera serta salam hormat semoga Allah merahmati Tuan,Puan, Saudara dan Saudari serta seisi keluarga.

Blog ini telah hampir 6 bulan tidak dikemaskini kerana beberapa masalah yang tidak dapat saya elakkan. Bagi memastikan blog ini sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa, saya akan menyerahkan tanggungjawab Admin blog ini kepada penama di dalam masa yang terdekat ini.


Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan pelbagai input melalui komen-komen sesungguhnya keperihatinan anda terhadap isu-isu tersebut dijadikan iktibar oleh semua pihak bahawa senario politik di negara ini sudah melangkaui dari persoalan agama, dan negara. 

Ingatlah bahawa, persoalan agama dan patriot adalah jauh melangakaui dari persoalan politik. Janganlah kita meletakkan agama dan patriot itu setaraf dengan politik kerana persoalan agama dan patriot itu tidak membezakan ideologi politik seseorang itu. Bila tiba masanya, agama memerlukan kita berjihad maka bukan persoalan ideologi politik yang memilih siapa yang perlu berjihad atau tidak. Begitu juga apabila negara memerlukan khidmat kita sebagai warganegara, ideologi politik tidak membezakan siapa yang perlu kehadapan mempertahankan tanah air yang tercinta ini.

NGO-NGO Melayu yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan juga perlu beristifar, bermuhasabah dan mengingatkan kembali matlamat dan objektif perjuangan mereka masing-masing. Jangan leka dan lalai lalu tunduk kepada agenda politik sehingga membuatkan rakyat mula muak dan jelek dengan peranan mereka yang keterlaluan melakukan provokasi.

Fikirlah sedalam-dalamnya bahawa dunia politik hari ini sangat mencabar. Biarkan lah mereka yang berkerjaya sebagai ahli politik membicarakan tentang persoalan politik. Bagi pihak kita pula janganlah segala-galanya hendak dipolitikkan sehingga merosakkan pemikiran anak bangsa kita.

Semoga Allah melindungi bumi Malaysia ini.


TENGKU AMALLUDDIN SANI BIN RAJA AHMAD SUFIAN
Bekas Setiausaha Agung JMM



No comments:

Post a Comment