Tuesday, May 15, 2012

IBU

Sempena hari Ibu, seluruh warga JMM dan ahli-ahli diseluruh negara mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan SELAMAT HARI IBU kepada seluruh ibu-ibu di negara ini dengan ingatan sekalung penghargaan yang tidak terhingga kerana memberikan sumbangan besar kepada nikmat yang dikecapi oleh kami semua pada hari ini.

Kesabaran mu Ibu melayani kerenah kami sewaktu membesar, menyabarkan Ayah dari merotan kenakalan kami,  menyuapkan makan dan minum sewaktu kami terlantar sakit dan tidak berdaya, melindungi kami dari maki dan cerca masyarakat, bertanya kabar tentang pelajaran dan kawan-kawan kami dan tidak pernah kenal erti penat mendidik kami dengan nilai-nilai murni agar kami menjadi seorang insan yang berguna kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.


Sungguh besar sekali pengorbanan seorang ibu terhadap anak-anaknya sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri memastikan keselamatan anak-anak mereka terpelihara. Begitupun besar pengorbannan seorang ibu, ada juga anak-anak mereka yang tidak berterimakasih di atas puluhan tahun masa dan wang ringgit yang ditabur mendidik mereka. Perbuatan kejam mereka sanggup mencederakan dan membunuh ibu mereka sendiri disebabkan desakan kepada nafsu nyata sekali menyentap perasaan masyarakat dinegara ini.

Bukan mencari pihak mana yang harus dipersalahkan, bukan juga menundung jari terhadap mana-mana pihak dan bukan juga menyelak kegagalan peranan pihka-pihak tertentu. JMM sependapat dengan aktivis nilai-nilai murni Tan Sri Lee Lam Thye bahawa sudah sampai masanya Dasar Sosial Negara perlu diberikan penambahbaikan mengikut situasi dan perubahan yang melanda generasi X, Y dan Z di negara ini.

Dasar yang diperkenalkan pada tahun 1993, bermatlamatkan mengwujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi. Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu-padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020. 

Permasalahan penyakit sosial pada akhir 90an jelas sama sekali tidak setaraf dengan apa yang kini hadapi masa sekarang. Peranan agensi-agensi sokongan di dalam membantu komuniti mendirikan sistem amaran bagi gejala sosial tidak dilaksanakan secara proaktif mengikut permasalahan masa kini.


Begitu juga Sosial Impact Assessment (SIA) tidak berupaya memberikan index mengenai tahap permasalahan sosial semada di bandar mahupun di luar bandar. program kekeluargaan yang dijalankan juga gagal dilaksanakan oleh agensi-agensi sokongan khususnya di dalam memberikan dan menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada keluarga yang sedang dilanda masalah sosial.


Strategi untuk mengutamakan persikataran sosial yang menekan aspek nilai-nilai murni juga gagal dibentuk secara sepasuakan di antaran pelbagai agensi dan kementerian yang berkaitan. Kesannya lambakan pengaruh dari barat yang tidak diberikan pendidikan awal secara jelasnya telah ditiru bulat-bulat oleh remaja kini dan sebagaimana yang kita sedia faham. remaja Malaysia belum cukup matang membuat keputusan mementingkan aspek nilai-nilai murni.


Maka bebanan yang ditanggung oleh para ibubapa pada masa kini amat mencabar berbanding 15 tahun yang lampau. Masa juga tidak menyebelahi para ibubapa khsus di kawasan bandar yang terikat dengan tuntutan ekonomi mengekang mereka melebihkan masa dengan anak-anak mereka. Maka "guru" yang sering menjadi rujukan anak-anak ini adalah kepada informasi internet yang sememangnya mudah diperolehi.


JMM yakin jika semua pihak bekerjasama merangka satu strategi yang mantap mempersiapkan generasi yang akan datang menghadapi pelbagai ancaman gejala sosial sudah pasti, mereka dapat membuat keputusan yang terbaik memilih kehidupan yang mencerminkan nila-nilai murni.


Setiausaha Kebangsaan JMM
Tengku Amalluddin Sani

No comments:

Post a Comment