Sekiranya polis bersikap adil dan menyifatkan tindakan menampal poster itu adalah kesalahan di sisi undang-undang, maka kumpulan sasaran seharusnya ditangkap adalah along dan pemilik rumah urut yang menampal poster di merata tempat
KUALA LUMPUR: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menyifatkan tindakan polis menahan 10 aktivis yang ketika menampal poster anti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Taman Tun Dr Ismail di sini, bulan lalu, sebagai memilih bulu kerana menyasarkan mereka yang lemah.
Presidennya, Azwanddin Hamzah, berkata 10 aktivis itu berniat baik dan murni kerana dengan rela hati berusaha memperjuangkan kepentingan masyarakat bagi mengelakkan daripada ditindas oleh golongan yang sedang merosakkan masa depan pelajar dan sistem kekeluargaan.
"Sekiranya polis bersikap adil dan menyifatkan tindakan menampal poster itu adalah kesalahan di sisi undang-undang, maka kumpulan sasaran seharusnya ditangkap adalah along dan pemilik rumah urut yang menampal poster di merata tempat.
"Apa yang saya perhatikan poster mengenai pinjaman wang tanpa lesen atau along kelihatan banyak ditampal di merata tempat, tetapi mereka dibiarkan tanpa diambil tindakan undangundang, sebaliknya mereka yang memperjuangkan kesejahteraan masyarakat pula, ditahan," katanya bercakap kepada pemberita ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, semalam.
Turut hadir 10 aktivis terbabit, semuanya lelaki berumur dalam lingkungan 30-an yang diperintahkan untuk hadir ke mahkamah bagi tujuan pendakwaan di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini, semalam.
Bagaimanapun, pada jam 10 pagi, Azwanddin menerima panggilan daripada pegawai penyiasat kes itu memaklumkan pertuduhan terhadap individu terbabit tidak boleh dilakukan semalam dengan alasan pihak polis perlu menjalankan siasatan lanjut.
Azwanddin berkata, sekiranya aktivis terbabit didakwa mahkamah kerana menampal poster antiLGBT, JMM sudah bersedia untuk melawan pendakwa raya dengan melantik peguam bela, Rezal Mazli Abdul Muin untuk mewakili semua mereka.
Lu dok perjuang gay, biseksual, lesbian.. Bende ni dah lama bro.. Toksah jd hero.. dah berpuluh2 tahun dah.. Lu kene cr di mana punca nye.. Tempat die berkembang.. Club2 tu lu kene gi jenguk... Patutnye lu perjuangkan tutup pusat hiburan.. Bile x de pusat hiburan, br depa ni pakat mati kutu.. br x de org berpeleseran tgh mlm.. Lu tgk Brunei... TIme solat, Sebijik kete pon x de atas jalan.. Dan br2 ni Sultan Brunei arah laksana hukum hudud.. tp x dak kuar pon kt surat khabar Malaysia.. Pasal takut... JMM pon x de kecoh suh kerajaan ikut Brunei.. Tp dok hentam Nik Aziz & the gang.. Lu nak hentam, lu hentam la DAP.. X yah la hentam Nik Aziz tu..Toksah jd hero la dok kuar paper hari2..
ReplyDeleteUsaha yag baik bro... terus KAMI berdiri teguh di belakang anda
ReplyDelete