Timbalan Presiden JMM, Omar Salleh berkata, kejohanan yang diadakan pada 2 Disember ini akan menghimpunkan sebanyak 64 pasukan lelaki dan 16 pasukan wanita.
"Jumlah keseluruhan hadiah pada kejohanan ini adalah bernilai RM10,000 dan kami berharap dapat menyemarakkan lagi sukan futsal yang merupakan sukan pilihan anak muda masa kini.
"Kami juga berharap kejohanan ini dapat mencungkil bakat-bakat baru yang dapat diangkat ke tahap yang lebih tinggi lagi," katanya dalam sidang akhbar sempena majlis penyerahan tajaan kejohanan tersebut di Sport Planet Ampang dekat sini hari ini.
Kejohanan tersebut menerima tajaan daripada 100 Plus, produk sukan, Lancast serta minuman kesihatan, Hi-Goat.
Yang turut hadir, Pengurus Tajaan dan Acara Wilayah F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd., Muhammad Fauzi Ahmad; Pengurus Perniagaan Sportsmark Sdn. Bhd., Louis Cheong serta wakil HR Marketing, Fairuz Yusuf.
Menurut Omar, kejohanan yang diadakan di Sport Planet Ampang itu adalah terbuka secara percuma kepada ahli-ahli JMM dan tarikh tutup penyertaan adalah 1 Disember ini.
"Kami menjangkakan lebih 1,000 orang dari seluruh negara akan bersama-sama memeriahkan kejohanan ini dan pada hari kejohanan itu juga, lagu rasmi JMM dan bendera rasmi JMM akan dilancarkan," katanya.
Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd
ReplyDeleteUMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap BODOH?
2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...
~ BUKTI 1 ~
~ BUKTI 2 ~
~ BUKTI 3 ~
~ BUKTI 4 ~