pendirian itu perlu dinyatakan, jika tidak, langkah mereka mempertahankan hak dan budaya LGBT hanya akan dilihat sebagai memperjuangkan kepentingan peribadi atau hak asasi mereka bertiga sahaja.
KUALA LUMPUR 13 Nov. - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Ambiga dan aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir menyatakan pendirian apakah mereka akan membenarkan budaya lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) wujud di sekolah pada masa depan.
Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, pendirian itu perlu dinyatakan, jika tidak, langkah mereka mempertahankan hak dan budaya LGBT hanya akan dilihat sebagai memperjuangkan kepentingan peribadi atau hak asasi mereka bertiga sahaja.
Justeru, katanya, Seksualiti Merdeka 2011 atau program seumpamanya yang mahu dianjurkan perlu dihalang dan ditentang kerana ia adalah satu usaha bagi mempromosikan budaya seks songsang dalam masyarakat.
"Seksualiti Merdeka adalah program yang mempromosikan nafsu gila golongan LGBT dan tiada kena-mengena dengan hak asasi manusia.
"Janganlah selalu menggunakan hak asasi manusia sebagai topeng agenda peribadi semata-mata mahu melayan kepentingan diri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Anwar dan Marina antara yang mempertahankan Ambiga berhubung penganjuran program Seksualiti Merdeka atas alasan hak asasi kumpulan LGBT.
Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim meminta masyarakat agar membawa golongan LGBT kembali ke pangkal jalan dan bukannya mendorong mereka terus mengamalkan perlakuan songsang yang jelas bertentangan dengan ajaran agama.
No comments:
Post a Comment