Friday, July 8, 2011

Ambiga dicabar isytihar dana biaya Bersih

"Kita mahu Ambiga memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia apakah agenda sebenar pihak luar yang mahu membiayai perhimpunan Bersih,”


KUALA LUMPUR 7 Julai – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mencabar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga mengisytiharkan jumlah keseluruhan dana yang diterima dari luar negara untuk membiayai perhimpunan anjurannya, Sabtu ini.

Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada sumber tertentu bahawa setakat ini jumlah dana yang dikesan adalah hampir RM1 juta.

“Kita mahu Ambiga memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia apakah agenda sebenar pihak luar yang mahu membiayai perhimpunan Bersih,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar bahawa Bersih menerima dana daripada Open Society Foundations (OSF).

Sumber: Utusan Malaysia

1 comment:

  1. Baguslah tu Ambiga dapat dana dari luar negara satu juta tapi penyokong2nya dapat mineral water berjemur tengah panas dan kehausan. Itu tak termasuk kalau buat hal, kena tembak dengan air longkang FRU. Kalau macam ni gemoklah AMBIGA. Nampak gayanya AMBIGA SEDAP PENYOKONGN2YA MENGIDAP.Kahkahkah...

    ReplyDelete