Wednesday, February 16, 2011

Nik Aziz didesak nyatakan pendirian

'JMM mahu Menteri Besar Kelantan itu menyatakan sebab beliau enggan berdebat dengan Karpal Singh,''


KUALA LUMPUR 14 Feb. - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) sekali lagi mendesak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan pendiriannya mengenai kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Yang Dipertua Kebangsaan JMM, Omar Salleh pada masa sama berkata, ulasan Nik Abdul Aziz terhadap pengakuan Pengerusi DAP, Karpal Singh pada 1997 berhubung kegiatan liwat Anwar juga masih ditunggu.

''Begitu juga dengan cadangan debat antara Nik Abdul Aziz dengan Karpal Singh mengenai tafsiran negara Islam dari kaca matanya (Nik Abdul Aziz).

''JMM mahu Menteri Besar Kelantan itu menyatakan sebab beliau enggan berdebat dengan Karpal Singh,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

JMM dalam kenyataannya sebelum ini pernah meminta Nik Abdul Aziz mengeluarkan 'fatwa' mengenai kes liwat Anwar selain mencadangkan supaya Menteri Besar Kelantan itu berdebat dengan Karpal Singh mengenai tafsiran negara Islam mengikut kaca mata Mursyidul Am Pas itu.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, JMM turut menggesa Nik Abdul Aziz memberitahu rakyat negara ini sama ada penggunaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Mursyidul Am Pas itu bertujuan meraih keuntungan karier politik atau sebaliknya.

No comments:

Post a Comment