Monday, May 23, 2011

Nik Aziz bertopeng imej warak -Membohong budak-budak kecil

Beliau berkata, tidak hairan sekiranya Mursyidul Am Pas itu menjadi tali barut DAP seperti Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR 22 Mei - Tindakan memperalat pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di Kelantan dalam program politik Pas membuktikan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin yang tidak bermaruah.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, tindakan itu juga membuktikan Nik Abdul Aziz sebagai pemimpin yang tidak mempunyai prinsip dan bertopengkan imej warak untuk memperdaya pelajar sekolah agama di Kelantan.


"Ucapan Nik Abdul Aziz pada Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana, Kota Bharu semalam membuktikan apa yang JMM kata mengenai Menteri Besar Kelantan itu benar." katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tohmahan tidak berasas Pas terhadap UMNO selama ini akhirnya memakan diri apabila Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana semalam menjadi bukti bagaimana parti itu memperalatkan pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di seluruh Kelantan dalam program politik mereka.

Lebih mengejutkan apabila ucapan beberapa pimpinan Pas termasuk Nik Abdul Aziz dalam program tersebut turut meniupkan kebencian dan penentangan di kalangan pelajar terbabit terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Azwanddin berkata, Nik Abdul Aziz merupakan seorang pengecut kerana hanya berani berpidato dan berbohong di hadapan budak-budak kecil yang baru belajar agama.

"Mengapa beliau (Nik Abdul Aziz) tidak berani untuk berpidato dengan tokoh seperti bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Mohd. Nor Deris," katanya.

Beliau berkata, tidak hairan sekiranya Mursyidul Am Pas itu menjadi tali barut DAP seperti Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu.

"DAP mahu Nik Abdul Aziz dan Mohamad mengunakan Pas sebagai alat memecahbelahkan undi Melayu dengan mengunakan faktor dan sentimen agama bagi mewujudkan kebencian di kalangan orang Melayu.

"Saya setuju bila orang kata undi Pas sama seperti undi DAP," katanya.

5 comments:

  1. Undi umno sama undi Yahudi. sbb tu rosmah sampi skrg x pakai tudung, krana ada Yahudi di belakangnya yang suruh dia x pakai tudung, untuk bawa imej Yahudi.

    Kemudian anjur fesyen bertentangan Islam, untuk ikut telunjuk yahudi. satu malaysia pun sama dengan satu yahudi.

    JMM ni pulak telor2 penjajah yang nak Melayu jauh dgn Islam dan hina ulamak semua.

    Kepada Azwanddin, kalo ko berani sgt jgn cakap dlm paper je mcm org xde telor, debat la dgn mna2 pmimpin pas @ dap sekalipun.

    ReplyDelete
  2. kelakar lah bila baca entry post ni dgn ikrar ahli kat sebelah kanan page ni. Ingatkan macha je cakap tak serupa bikin. ^^

    ReplyDelete
  3. KAMI, umat Melayu bersumpah setia untuk:

    Mempertahankan kepentingan dan Hak Melayu

    Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu

    Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa Melayu dan

    Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera...

    Umat Melayu...1st time aku dengar...Umat Islam mana pegi? Bersumpah berjuang untuk agamaa islam takda ka? ko jawab la ko punya sumpahan kat kubor nnt...

    ReplyDelete
  4. ai..lama pgg tgn datuk seri sharizad 2..ade hubungan muhrim ke x?lawa rmbut datuk 2..ish2..pttla..dh ulamak dikutuk,pas2 xtau hukum hakam..gini la jadinya..sepatutnya,'kami umat islam berbangsa melayu'..keutamaan pada agama..orait bro?

    ReplyDelete
  5. aduh kenapa nk kutuk2 sesama bangsa...

    ReplyDelete