Monday, May 23, 2011

Anwar tidak layak Ketua Pembangkang

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi layak untuk memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen berikutan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan beliau membela diri dalam kes meliwat Mohd Saiful Bukhari.
 
Timbalan Yang Dipertua Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Omar Salleh berkata Lim tidak tahu undang-undang kerana mana mungkin seorang penjenayah boleh menjadi ketua mereka.




“Lim terpaksa cakap begitu kerana beliau tahu selama ini mereka mendapat sokongan daripada orang Melayu melalui Anwar, Lim tidak pernah jujur kepada orang Melayu.

“Kenapa Lim takut untuk memberikan (jawatan) ketua pembangkang kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)? Adakah kerana mereka takut negara Islam akan diwujudkan jika Abdul Hadi menjadi ketua pembangkang?” katanya.

Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata walaupun tiada peruntukan yang mengarahkan beliau meletak jawatan, tetapi dengan masalah moral yang dihadapinya, ia boleh menjejaskan kredibiliti dan reputasi keseluruhan anggota Parlimen di negara ini.

“Jawatan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat merupakan jawatan penting, tetapi dengan peribadi dan moral Anwar yang sedemikian rupa, bagaimana rakyat hendak menghormatinya,” katanya di dalam blog www.umnobahagiancheras.blogspot.com

Syed Ali berkata Anwar dilihat sudah tidak lagi berfungsi sebagai wakil rakyat Permatang Pauh kerana masanya banyak dihabiskan untuk melepaskan diri daripada pertuduhan liwat.

“Keadaan bertambah teruk apabila beliau dikatakan kerap keluar negara dan memburuk-burukkan imej kerajaan dan pemimpin Umno,” katanya.

Pada 16 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Anwar yang dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas dan memerintahkan ketua pembangkang itu membela diri.

Pada Rabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Anwar akan tetap kekal sebagai ketua pembangkang walaupun bakal berhadapan hukuman penjara berikutan kes liwatnya itu.

Syed Ali berkata DAP memang mahukan Anwar kerana mereka banyak menyimpan rahsia peribadi pemimpin PKR itu selain mudah menjadikan Anwar sebagai kuda tunggangan berbanding dengan pemimpin PAS.

“Untuk memecahbelahkan orang Melayu di negara ini, DAP akan memperalatkan Anwar dan beliau (Anwar) sememangnya sanggup berbuat demikian asalkan matlamat politiknya tercapai,” katanya.

Beliau berpendapat bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat sebagai calon berwibawa dan layak menggantikan Anwar kerana Anggota Parlimen Marang itu seorang tokoh agama yang setakat ini tidak tercemar dengan skandal moral yang mengaibkan.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata Ketua Menteri Pulau Pinang itu hanya mahukan sokongan dan simpati orang Melayu daripada PKR dan PAS untuk parti itu terus berkuasa.

Beliau berkata kenyataan Lim itu satu permainan politik untuk mengeksploitasi simpati rakyat semata-mata untuk meraih keuntungan DAP.

“DAP tidak ada kuasa kalau tidak ada sokongan daripada orang Melayu, orang yang sokong Anwar, saya lihat mereka penjijik kerana walaupun sudah tahu sikap dan moral beliau, mereka tetap menyokong,” katanya kepada Bernama.





No comments:

Post a Comment