Wednesday, March 7, 2012

LGBT: Hak beragama harus dihormati

AWANG tertarik dengan kenyataan seorang pemimpin Katholik Britain yang menyifatkan rancangan negara itu mahu membenarkan perkahwinan sejenis sebagai 'gila'.



Peliknya ada pula segelintir rakyat Malaysia, yang kononnya terlalu liberal dan cuba menganggap konsep hak asasi manusia sebagai Tuhan yang tertinggi, mahu menyokong perkahwinan seperti itu.


Segelintir itu pula ada yang berketurunan Melayu beragama Islam? Mereka ini menganggap diri mereka hebat dapat berjuang atas nama hak asasi manusia.

Awang tidak menentang hak asasi manusia diamalkan kerana ia adalah hak untuk semua. Tapi ia juga mempunyai had-hadnya yang juga merangkumi hak asasi manusia yang lain.

Hak beragama harus dihormati. Jika ternyata ia melanggar hukum agama, ia juga harus dihormati, kerana itu adalah hak kepercayaan sesuatu kumpulan manusia lain.

Janganlah dipaksa sesuatu kumpulan menerima sesuatu yang tidak sehaluan dengan hak asasinya serta hak asasi agamanya.

Itu sebablah perbuatan sodomi atau liwat, masih dianggap jenayah di negara ini. Di Barat meliwat tidak salah. Itu sebablah juga kita menentang Seksualiti Merdeka yang mahu menggalakkan gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dijadikan sebagai satu budaya baru Malaysia.

Kita menentangnya kerana Islam masih agama rasmi Malaysia. Jumlah umat Islam di sini adalah majoriti.

Lainlah jika, suara majoriti itu sudah hilang.

No comments:

Post a Comment