Thursday, July 14, 2011

Ambiga didesak bagi kenyataan

"Kami mahu Ambiga memberi kenyataan kepada rakyat Malaysia tentang hukuman yang diperuntukkan dalam undang-undang negara jika seseorang itu menyiarkan berita palsu,"

KUALA LUMPUR 13 Julai - Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga didesak memberi kenyataan berkenaan laporan palsu oleh media pembangkang yang mendakwa polis bertindak kasar terhadap peserta perhimpunan haram anjuran pertubuhan itu Sabtu lalu.


Timbalan Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Omar Salleh berkata, perkara itu sepatutnya dijelaskan oleh Ambiga jika benar beliau seorang peguam yang berkaliber.

"Kami amat kecewa kerana sehingga hari ini beliau masih belum membuat apa-apa kenyataan mengenai beberapa laporan palsu yang disiarkan media pembangkang.

"Kami mahu Ambiga memberi kenyataan kepada rakyat Malaysia tentang hukuman yang diperuntukkan dalam undang-undang negara jika seseorang itu menyiarkan berita palsu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu, Omar menyifatkan Pengerusi Bersih itu sebagai seorang hipokrit yang hanya berselindung di sebalik topeng 'bersih' dan 'adil'.

Menurut beliau, sebagai seorang bekas Presiden Majlis Peguam, Ambiga sepatutnya mempunyai pengetahuan dan memandang serius kesalahan itu.

Selain itu, katanya, selaku rakan sekongkol Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ambiga juga dilihat menutup mata dan telinga terhadap 'lakonan' hebat ketua pembangkang itu.

"Sebagai bekas Presiden Majlis Peguam, Ambiga perlu sedar apa yang cuba ditunjukkan Anwar adalah satu pembohongan.

"Rakyat Malaysia juga sedar akan pembohongan itu tetapi Ambiga hanya menyebelahi Anwar, jadi di mana letaknya kredibiliti beliau sebagai seorang peguam," katanya.

2 comments:

  1. KL BOYZ harap si Ambiga ni dikenakan tindakan tegas dan hukuman yang sewaarnya kerana melanggar perintah pihak berkuasa melarang beliau berada di tempat yang telah dilarang. Ambiga seperti mencabar pihak berkuasa..!!!

    ReplyDelete
  2. Desak semuanya








    'Lubuk Emas' Terengganu dikhianati - Generasi muda dan generasi baru Terengganu adalah generasi paling bodoh dan tolol jika BN terus berkuasa..
    http://Facebook-1Malaysia.blogspot.com/
    Undi BN Undi HARAM- Media BN Media Porno. Pemimpin BN mcm PUKIMAK. FUCK Wanita UMNO
    http://blog1Malaysia.blogspot.com/

    ReplyDelete