Wednesday, December 1, 2010

Wan Azizah samakan Anwar seperti Ayah Pin

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dengan lantang dan tegas menentang perbuatan jahat ahli-ahli politik khususnya dari pembangkang yang mengeluarkan kenyataan provokasi yang sengaja menjalankan agenda untuk memecahbelah perpaduan dan semangat setiakawan yang telah diamalkan oleh pemimpin yang terdahulu di dalam membentuk sebuah negara yang berjaya sehingga Malaysia kini diiktiraf dan dijadikan model perpaduan oleh dunia.

Kenyataan Datin Sri Dr. Wan Azizah, menentang Ketuanan Melayu secara terang-terangnya merupakan satu penghinaan yang besar terhadap Raja-Raja Melayu dan orang-orang Melayu secara amnya.
JMM mengingatkan beliau supaya tidak menjadi seperti “kacang lupakan kulit”, kerana beliau juga pernah merasai nikmat hasil daripada Ketuanan Melayu dengan diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran melalui kemudahan yang diterima.
JMM menasihati Datin Sri Dr. Wan Azizah berhenti dengan agenda politik memecahbelah perpaduan dan menghancurkan semangat setiakawan yang merupakan tunjang perpaduan di antara kaum di dalam negara ini. Sebagai pemimpin politik, beliau seharusnya mendukung kesetiaan kepada Rukun Negara dan Perlembagaan.
Tidak ada pemimpin parti politik di negara lain yang sanggup mengecam Perlembagaan negara mereka sendiri.
JMM kecewa dan berasa sedih kerana pemimpin politik yang tamak kuasa sanggup mengenepikan sejarah dan nilai-nilai harmoni yang telah lama diamalkan oleh pemimpin terdahulu samada daripada kerajaan ataupun pembangkang.
JMM menyifatkan kenyataan beliau seiringan dengan tindakan Datuk Sri Anwar Ibrahim yang sengaja menjalankan agenda provokasi isu-isu sensitif yang menyentuh kaum di Malaysia dengan niat jahat untuk memecah belah perpaduan dan keharmonian di dalam negara.
JMM menegur Dr.Wan Azizah supaya tidak bercakap takbur dan bongkak dengan menyifatkan Anwar Ibrahim pemimpin yang dianugerah oleh Tuhan. Harus diingat semua orang Islam adalah sama di sisi Tuhan dan kenyataan Dr. Wan Azizah menyamai sikap dan sifat yang ditonjolkan oleh Ketua Ajaran Sesat “Ayah Pin”.
JMM meminta Dr. Wan Azizah meneliti sejarah Malaysia yang dibina atas semangat setiakawan, nilai-nilai tolong-menolong dan perasaaan hormat menghormati. Pemimpin terdahulu tidak pernah mencabar Perlembagaan dan memecah belah perpaduan kaum untuk meraih undi politik.
Sebagai pemimpin politik, beliau seharusnya memegang prinsip “dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung” dan bukannya menjadi seperti  “ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuanya”.

No comments:

Post a Comment