Saturday, May 15, 2010

Lambakkan Bekas Pegawai Dana Harta didalam GLC's


Pemilihan seperti Dato Azman Yahya, Dato Bakke Salleh, Dato Zukri Samad, Dato Ismee Ismail, Dato Abdul Rahman Ahmad, Dato Sharil Ridza Ridzuan, Dato Ahmad Zulqarnaian Onn, Dato Idrose Mohamed, Dato Fazrul Rahman Ebrahim menimbulkan banyak persoalan mengenai pemilihan mereka di dalam jawatan-jawatan penting di dalam GLC.

Mereka-mereka yang telah diberikan perlantikkan jawatan yang penting didalam GLC dan keseluruhannya mempunyai pengalaman bekerja di dalam Dana Harta Berhad. Adakah perlantikkan mereka ini pilih di atas merit kelayakkan dan pengalaman serta kejayaan lampau yang dijadikan kriteria pemilihan atau perlantikkan mereka dibuat diatas kenalan, rakan sekerja atau kronisme?

JMM memohon penjelasan dari Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kerana beliau sememangnya mempunyai maklumat mengenai perlantikkan mereka dan perlantikkan ini telah dibuat semasa beliau menjadi Menteri Kewangan II. Wajarkah Dato Bakke Salleh diberikkan tanggungjawap sebagai CEO di dalam Felda dan pada masa yang sama menjadi Pengerusi Bank Islam?

Khazanah telah membuat keputusan yang tidak beretika ketika menyelia pelaburan Pos Malaysia Berhad di dalam Transmille Group. Adakah Khazanah menilai dan mengkaji lapuran dari penilai bebas mengenai risiko pelaburan sebelum mengambil keputusan melaburkan wang Pos Malaysia didalam Transmille?

Tan Sri Azman Mokhtar yang juga secara kebetulan mempunyai pengalaman dari Dana Harta, kini menjawat jawatan sebagai Managing Director didalam Khazanah Nasional Berhad perlu mengambil tanggungjawab terhadap kerugian Pos Malaysia Berhad.

Tan Sri Nor Mohammed Nor Yakcop juga perlu memberikan alasan dan penjelasan yang tepat mengapa Pos Malaysia diserahkan kepada Khazanah Nasional dari Kementerian Kewangan. JMM bersetuju dengan kenyataan Presiden Pakku, Tan Sri Adam Kadir bahawa ''Amerika Syarikat (AS) juga tidak pernah menswastakan khidmat pos. Perkhidmatan pos di AS adalah di bawah kerajaan. Mengapa secara tiba-tiba Pos Malaysia mahu diswastakan sepenuhnya?''

Layak juga Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berdiam diri kerana jika beliau mempunyai penjelasan yang tepat pastinya beliau akan tampil kehadapan dan menerangkan terperinci mengenai penjelasan yang diminta oleh JMM, Pakku, YB Ezam Mohd Nor dan ramai lagi yang pernah membangkitkan isu ini didalam Dewan Negara.

Jika Khazanah sendiri melakukan kesilapan didalam menguruskan Pos Malaysia, bagaimana pula dengan dengan GLC yang lain?
JMM merasakan pihak Kemeneterian Kewangan perlu melihat semula struktur GLC sedia ada memastikan pengurusannya ditadbir dengan effektif dan effisyen selaras menepati kehendak dan aspirasi penubuhannya.

5 comments:

  1. Sdra Azwanddin Hamzah
    Yang Dipertua
    Jaringan Melayu Malaysia


    Saya terpanggil untuk memberi response terhadap tulisan saudara dan juga oleh seorang ahli politik Pulau Pinang (YB Musa Sheikh Fadhil) dalam akhbar baru baru ini berkenaan dengan keberkesanan ceo ceo GLCs. Walaupun bukan daripada pengurusan kanan kami ingin berkongsi pengalaman dengan saudara tentang prestasi buruk CEO dan COO EXIM Bank M Bhd yang telah diamanahkan oleh Menteri berkenaan untuk meneraju Bank tersebut semenjak 2 tahun yang lalu.

    Kedua mereka telah dilantik kejawatan berdasarkan hubungan mereka dengan Encik Fazlur Rahman Ebrahim , yang kini merupakan CEO Prokhas. Semua orang maklum yang Encik Fazlur merupakan orang kanan Menteri (power broker/relative), yang pada pandangan ramai mengambil kesempatan dengan melantik kroni kroninya di beberapa jawatan penting. Malang sekali, disebabkan oleh pengalaman dan kelulusan yang tidak mencukupi (CEO Exim berkelulusan Geografi) sementara COOnya pula tidak berpengalaman dalam bidang pengurusan/analisa kredit. Disebabkan oleh kekurangan pengetahuan dibidang perbankan, terutamanya pembiayaan projek, maka EXIM Bank telah tidak dapat berperanan untuk menyokong pelabur Malaysia keluar negara sebagaimana yang diharapkan oleh pihak kerajaan. Mereka tidak dihormati kerana tidak berpengetahuan, seperti orang buta memimpin orang celik. Statistik bolih menunjukkan bagaimana perniagaan teras (pembiayaan) telah menurun semenjak akhir akhir ini disebabkan ketandusan pembiayaan baru. Disebabkan oleh skil yang kurang walaupun banyak permohonan untuk pembiayaan projek di pohon. Mereka mengambil jalan mudah – banyak permohonan ditolak. Permintaan daripada pemohon untuk menemui mereka selalunya tidak dilayan. Sebab itu banyak rungutan daripada usahawan, sehingga Timbalan Perdana Menteri pun memberikan kenyataan akhbar dalam 2 atau 3 bulan yang lalu, mengatakan Exim Bank mungkin akan dinilai semula peranannya. Terlalu banyak rungutan daripada usahawan bagaimana Exim Bank lebih banyak menyusahkan mereka, bukannya menolong mereka.

    Selain daripada banyak permohonan baru yang terbengkalai, banyak juga pembiayaan untuk projek projek yang sedang berjalan dan berdaya maju telah disekat, menyebabkan projek projek tersebut terbengkalai diluar Negara. Tindakan mereka telah menjejaskan dengan teruk pelaburan yang telah dibuat oleh usahawan Malaysia. Projek projek terbengkalai tersebut juga telah menjejaskan nama baik Malaysia diluar Negara, yang sepatutnya bolih dielakkan jika pengurusan Exim Bank memahami peranan mereka yang sebenar, iaitu membantu, menyokong dan sama sama memahami serta mencari jalan penyelesaian untuk setiap masalah yang timbul, bukannya dengan mengambil jalan mudah seperti menarik balik kemudahan pembiayaan dan menutup pintu rundingan. Setakat ini, sudah beberapa tindakan undang undang telah diambil terhadap Exim Bank dengan jumlah saman berjumlah ratusan juta ringgit, akibat daripada kesilapan pengurusan Bank tersebut. Adalah dipercayai, mereka yang mengambil tindakan undang undang tersebut mempunyai kes yang kuat, dan jika mahkamah menyebelahi mereka, sudah pasti banyak duit pembayar cukai akan dibelanjakan semata mata berpunca daripada keputusan yang silap oleh Exim Bank.



    Terima kasih.

    Yang benar,
    Anti Penyelewengan

    ReplyDelete
  2. Satu lagi yang menjadi isu besar di Exim Bank adalah berkenaan dengan kontrak kepada vendor daripada India (foreign owned 100%) untuk menyediakan “Core Banking” system. Telah menjadi rahsia umum, vendor tersebut telah dipilih oleh pengurusan Exim setelah mendapat “cadangan” daripada Encik Fazlur. Banyak vendor berpengalam daripada Malaysia telah diketepikan, walaupun telah mempunyai track record yang baik dalam system yang diperlukan tersebut. Khabarnya pula, vendor India tersebut tidak pernah mempunyai track record untuk system perbankan. Mungkin sebab itulah, walaupun selepas dua tahun projek tersebut berjalan, ianya masih lagi terbengkalai menyebabkan EXIM BANK masih lagi bergantung kepada cara manual untuk merekodkan urusan perbankan seharian mereka. Bertambah malang juga berjuta bayaran telah dibuat, walaupun sistem lintang pukang. Kegagalan menyediakan system ini telah menimbulkan banyak masalah kepada kakitangan serta pelanggan dari segi masa, ketepatan dan sebagainya. Ketua Bahagian Teknologi Maklumat yang terlibat secara langsung juga telah meletakkan jawatan, memberikan isyarat buruk yang sesuatu yang kurang baik sedang berlaku dengan projek core banking. Adalah amat malang untuk mereka yang diamanahkan untuk menyediakan projek penting tersebut meninggalkannya dalam keadaan terkapai kapai. Must be something wrong.

    Lanjutan daripada masalah yang timbul, dan untuk mengelirukan pihak Lembaga Pengarah, COO Exim yang telah diberikan amanah dan tanggunjawsab keatas projek tersebut telah memaksa kakitangan menandatangani dokumen penerimaan (“forced acceptance”) module module yang berkaitan, walaupun sebenarnya system tersebut masih lagi belum dapat digunakan. Tindakan (penipuan) tersebut dibuat semata mata untuk mengelirukan Lembaga Pengarah, supaya kegagalan tersebut dapat disapu dibawah carpet sahaja. (swept under carpet) Ramai kakitangan yang sakit hati dengan tindakannya memaksa mereka bersubahat untuk menipu Lembaga Pengarah dan Bank. Menipu bank adalah menipu rakyat dan pembayar cukai.

    Tingkat laku dua budak suruhan Fazlur Rahman tersebut telah banyak membawa kesusahan kepada kakitangan Bank. Mereka juga telah menyebabkan keaibab kepada kami disebabkan oleh blunder yang telah dilakukan. Sekarang ini, imej Bank sangat buruk dikalangan usahawan dan juga rakan rakan dibank lain. Ramai usahawan yang berpotensi dan berdaya maju enggan datang ke Exim kerana tidak mahu dilayan seperti warganegara kelas 2, sebagaimana yang telah dialami oleh rakan rakan mereka yang pernah berutusan dengan Bank kami. Mereka kata seperti peminta sedekah apabila berurusan dgn Exim Bank. Kami berharap pihak tuan dapat mencari jalan supaya kerajaan dapat mengambil tindakan tegas dan segera untuk menyelamatkan masa depan Exim Bank yang diberikan peranan yang sangat penting untuk meningkatkan ekonomi Negara.

    Sebenarnya banyak lagi penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku di Exim Bank semenjak akhir akhir ini seperti pembelian Bangunan pejabat, kekurangan peramalan corporate governance yang baik dan sebagainya. Mungkin jika perlu, boleh dimaklumkan kemudian nanti.

    Terima kasih.

    Yang benar,
    Anti Kejahatan

    ReplyDelete
  3. Terimakasih diatas input anda. JMM sedang membuat penilaian diatas dakwaan ini. JMM telah menulis surat kpd MD/CEO Mohd Fauzi bin Rahmant bertarikh 20hb Mei 2010 meminta pihak pengurusan EXIM memberikan penjelasan kpd JMM didalam tempoh 7 hari.

    ReplyDelete
  4. Dear YDP,

    Congratulation for your brave efforts. We need more Malaysian of your values for 1 Malaysia to move on.

    Exim Bank is in big mess now due to the following reasons:-

    1. Banking system failed. Vendor not able to deliver but payments made million of ringgit. looks so stupid on exim. Extention after extention given. Already coming to 3 years, at the cost of exim bank's money. Problem started from vendor selection. Top Management has been forcing lower staff to accept unfinished modules, to mislead the Board. exim is having integrity issue.

    2. Corporate gorvernance at the mercy of ceo. Roles of various board committees been compromized, as consented by Board.(why?) As such no more check and balance.No more good corporate governance.

    3. Purchase of new office building made tro another bank's loan. Joke of the year. This high cost transaction was not prudent for any bank, which would buy asset in cash. Renovation was delayed for almost a year, which is very costly to exim. Opportunity rental lost exceeding million of ringgit.

    4. staff appraisal for previous year was not transparent. Changes made without justification and reason. Staff did not know their stengths and weaknesses. Management by way of favouritism and cronysm.

    All the above caused our staff morale to be at bottom low.

    Suggesting:-

    1.your office to seek clarification and verify from Bank Negara Malaysia and Jabatan Audit Negara. Should seek feedbacks from middle and low level staff, not only management staff.

    2. Ask PAC to conduct audit, to avoid further losses, which has been swept under carpet.

    Thank you.

    ReplyDelete
  5. Thank you for your feedback. We JMM welcome all feedback from relevant readers concerning the transparency and efficiency of GLCs. The CEO has agreed to meet us on the 7th, however we were informed he has to take leave and our appointment has been foward to 14th June 2010. Your input is highly appreciated and we will bring this foward for our discussion with EXIM's CEO

    ReplyDelete