Wednesday, June 15, 2011

'Mat Sabu tutup isu kemenangan'

"Beliau hanya mempunyai kemahiran untuk mensensasikan isu dan perhimpunan haram ini dilihat sebagai peluang yang besar untuk beliau eksploitasi,"


KUALA LUMPUR 14 Jun - Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang bersungguh-sungguh mempromosikan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Kedua (Bersih 2) membuktikan pemimpin itu mahu menutup isu kemenangannya yang tidak disenangi banyak pihak dalam parti.

Monday, June 6, 2011

'Tangan ghaib' bantu kemenangan Anwarinas

"Nyata tulisan itu telah memberi kesan dalam pemilihan itu apabila Joceline mendakwa golongan ulama dalam Pas hanya pandai berhujah tetapi kemampuan mereka terhad menjadi gembala kambing sahaja,"

KUALA LUMPUR 5 Jun - Agenda 'tangan-tangan ghaib' di luar Pas berjaya memperlekeh golongan ulama dalam parti itu sehingga mereka diketepikan dalam pemilihan pucuk kepimpinan yang diumumkan semalam.

Sunday, June 5, 2011

Kemenangan profesional Pas tutup peluang penyatuan Melayu

''Keputusan ini juga menunjukkan agenda tangan ghaib di luar Pas berjaya memperlekehkan kumpulan ulama serta barisan Pemuda Pas. Perkara ini seharusnya membuka mata orang Melayu dan umat Islam,"

KUALA LUMPUR 4 Jun - Penguasaan kumpulan profesional dalam Pas bakal menutup peluang penyatuan orang Melayu dan Islam yang diperjuangkan kumpulan ulama sebelum ini.