Monday, June 6, 2011

'Tangan ghaib' bantu kemenangan Anwarinas

"Nyata tulisan itu telah memberi kesan dalam pemilihan itu apabila Joceline mendakwa golongan ulama dalam Pas hanya pandai berhujah tetapi kemampuan mereka terhad menjadi gembala kambing sahaja,"

KUALA LUMPUR 5 Jun - Agenda 'tangan-tangan ghaib' di luar Pas berjaya memperlekeh golongan ulama dalam parti itu sehingga mereka diketepikan dalam pemilihan pucuk kepimpinan yang diumumkan semalam.

Pengarah Hal Ehwal Agama Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Nik Khairul Annuar Ab. Rahim (gambar) berkata, tulisan kolumnis akhbar The Star, Joceline Tan yang mempertikai para ulama Pas secara tidak langsung berkempen bagi kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Anwarinas seterusnya memberi kemenangan kepada mereka."Nyata tulisan itu telah memberi kesan dalam pemilihan itu apabila Joceline mendakwa golongan ulama dalam Pas hanya pandai berhujah tetapi kemampuan mereka terhad menjadi gembala kambing sahaja,"

 katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Nik Khairul Annuar dalam pada itu berkata, Pas mungkin boleh menafikan apa sahaja tetapi ahli parti nampaknya lebih menjaga hati Anwar dan DAP berbanding hati golongan ulama.

Menurutnya, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin juga telah mendesak Joceline supaya memohon maaf kepada golongan ulama atas tulisannya itu.

"Justeru, orang ramai terutama Melayu perlu membuka mata terhadap tindakan 'tangan-tangan ghaib' ini kerana tidak mungkin Joceline hanya membuat kesimpulan tersebut semata-mata untuk kempen bagi pihak Anwarinas," katanya.

Sementara itu, Nik Khairul Annuar menyifatkan tindakan Pas menukar matlamat parti itu daripada menubuhkan negara Islam kepada mewujudkan negara berkebajikan hanya permainan politik untuk menarik undi.

Katanya, Pas kini terikut-ikut agenda Anwar yang lebih mengutamakan keinginan peribadi dan kuasa sehingga mendahului prinsip parti sebelum ini yang mahu memperjuangkan Islam.

No comments:

Post a Comment