Saturday, May 17, 2014

Jailani Ngah atur Azwandin "kaki tikam belakang" dilantik Senator




Dihujung posting malam tadi [baca SINI] yang mendedahkan kedurjanaan Dato Jailani Ngah, Unspinners hanya dedahkan sedikit saja tentang peranan Jailani Ngah untuk batalkan perlantikan Khairun Anak Aseh. Hasrat Jailani adalah untuk meletakkan orang lain yang dia lebih selesa.

Maka Jailani dan konco-konco konspiratornya telah dapatkan media pembangkang tibai Khairun cukup-cukup. Rancangan mereka adalah supaya Ezam Mohd Nor dapat dijadikan Setiausaha Politik PM.

Maka khabar angin tentang Ezam itu ada kebenaran. BIla muncul nama anak Dato Aseh, maka ditibai budak tu. Lalu dibuat cerita seolah-olah Tun Faisal yang juga dari Putrajaya yang mahukan jawatan itu dan merupakan dalang yang menyerang Khairun.

Ezam kini dah dapat jawatan di kementeriaan kewangan tapi bukan jawatan yang dimahu. Mereka terpaksa ambil kira bahawa memberi Ezam jawatan Setiausaha Politik akan membuat akarumbi UMNO lagi marah.

Baca luahan tanpa had APA SINI

Di bawah sedang semarak bara yang membakar tanah gambut akarumbi setiap kali bekas-bekas "pengkhianat" keadilan diberi jawatan-jawatan besar. Maka hal ini diambilkira.

Persekongkolan Jailani dan Ezam sudah lama. Projek yang sedang diuruskan adalah untuk menaikkan macai Ezam jadi Senator.

Macai itu adalah "trojan horse" yang penipu dan kaki porak peranda UMNO Bukit Antarabangsa yang dilihat bercita-cita tinggi. Didedahkan Azwandin memberitahu orang ramai bahawa dia ada Master dari Kanada padahal dia hanya budak SPM kerja kedai buku. Baca Flying Kick SINI

Tak percaya tentang lantikan Senator baca SMS yang diterima dalam email Unspinners malam tadi.



Individu-individu yang dimaksudkan adalah Jailani, Ezam dan Raja Arif, Ketua BTN yang dah jadikan pejabat BTN sebagai sarang PKR/ABIM.

Raja Arif dan Jailani adalah sama-sama dalam UMNO Bahgaian Kuala Nerus. Raja Arif lama bercita-cita mahu tanding Parlimen Kuala Nerus dan Jailani sedang tunggu masa untuk gulingkan Razif untuk jadi MB terengganu pula.


Buat masa ini dia guna abang Razif, Cik Azmi dan kelihatan bersama Razif bergumbira.

Mat Said dipilih kerana dianggap sebagai Menteri Besar yang boleh diperdajalkan. Apatah lagi dengan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh Mat Said, sekarang adalah timing untuk melabur di Terengganu. Kalau Mat Said tidak segera disingkirkan, Mat Said berpotensi untuk jadi pengacau...



Ada projek redevelopment Kuala Terengganu yang banyak berada bawah kawasan Seberang Takir. Pelaburan pun banyak.



Itu sikit saja.

Dan orang yang panggil Md Said pengkhianat tak tahu bahawa dia lebih hebat dari bekas CEO PNB dan MB Selangor dalam membawa pelaburan. Khalid Gagap janji RM10 billion tapi mungkin hanya dapat dalam RM1 billion.

Md Said dapatkan pelaburan sendiri tanpa bantuan federal government atau MITI. Dia buat rombongan sendiri.



Selama ini NGO tak berdaftar Azwandin, JMM yang konon nak bela Melayu dibiayai Ezam Mohd Nor tapi kini bajet Senator dah tak ada maka satu kepala lain ditugaskan untuk biayai Azwandin.
Mamat Azwandin ni tak ada kerja. Maklumlah budak kedai buku yang perasan ia sama dengan ijazah Masters. Hidupnya adalah atas ehsan Ezam Mohd Nor sebagai budak suruhan dan messenger untuk buat kerja ini dan itu.




Seperti didedahkan Cilipadi [baca SINI dan SINI], Azwandin adalah kaki tikam belakang yang bermuka-muka sebagai NGO bela Melayu tapi buat mulut mengenai Tun Dr Mahathir.

Padahal negarawan itu hanya menyuarakan dengan lantang keresahannya.

Siapa dia jumpa semua dia beritahu tapi dia tak suruh langgar dan jatuhkan Najib. Dato Najib pun seorang gentleman dan beradab... banyak kali dijemput Tun ke pejabatnya untuk mendengar dengan hormat keresahannya.

Azwandin, Jailani dan Raja Arif adalah tangan-tangan yang banyak buat kerja merepek dan cuba huru harakan UMNO dan kerajaan. Mereka cuba adu dombakan Najib dengan Tun serta cuba baikkan Najib dengan Anwar untuk menentang Tun.

Najib memang tak makan permainan nak berbaik dengan Anwar. Diharap Najib sedar dari kejadian Terengganu ini dan elak dari terus termakan penipuan dan pembohongan pencinta Anwar Ibrahim ini.

Sampai hari ini, Ezam belum memohon maaf dengan Tun Dr Mahathir!!!!

Monday, October 28, 2013

Jujur Dan Amanah

Seringkali kita didendangkan dengan slogan-slogan yang mempunyai unsur-unsur nilai-nilai murni dari mulut para pemimpin. Baik dikalangan pemimpin parti-parti politik, pemimpin petubuhan serta pemimpin organisasi dipelbagai peringkat. Laugan slogan-slogan ini diucapkan dengan penuh bersemangat dan beriya-iya sekali cuba melambangkan ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki oleh pemimpin tersebut.

Wednesday, June 19, 2013

Admin Page JMM



PEMBERITAHUAN

Salam sejahtera serta salam hormat semoga Allah merahmati Tuan,Puan, Saudara dan Saudari serta seisi keluarga.

Blog ini telah hampir 6 bulan tidak dikemaskini kerana beberapa masalah yang tidak dapat saya elakkan. Bagi memastikan blog ini sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa, saya akan menyerahkan tanggungjawab Admin blog ini kepada penama di dalam masa yang terdekat ini.

Wednesday, January 30, 2013

Kempen 'Jom Tolak Pakatan'


SHAH ALAM 8 Jan. - Seramai 150,000 ahli mewakili 40 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Selangor hari ini menyatakan pendirian mereka menolak pakatan pembangkang yang disifatkan telah membawa banyak kerosakan kepada rakyat dan negeri ini.

Guan Eng perlu bertanggungjawab


KUALA LUMPUR 3 Jan. - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu bertanggungjawab terhadap keengganan pengerusi parti itu, Karpal Singh menarik balik kenyataan yang direkodkan di dalam hansard di Parlimen pada Oktober 1997.

Wednesday, December 26, 2012

Jelaskan kaitan Deepak dengan pelbagai isu 'skandal politik


KUALA LUMPUR 23 Dis. - Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan didesak membuat sidang akhbar khas sekali lagi bagi menjelaskan kaitannya dengan pelbagai isu terutama perkara-perkara yang berunsurkan 'skandal politik'.

Nik Aziz puaskan nafsu politik


KUALA LUMPUR 23 Dis. - Kesediaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding lagi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 disifatkan sebagai strategi memuaskan nafsu politik beliau sendiri.

JMM minta SKMM tak pilih bulu


KUALA LUMPUR 14 Dis. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta tidak memilih bulu atau mengambil tindakan dalam isu-isu terpilih sahaja.

Papa: Pikap tidak patut lindungi agensi

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa) mengingatkan Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan (Pikap) agar tidak melindungi agensi pekerjaan berdaftar di bawahnya dalam isu pemerdagangan orang yang kini disiasat polis dan Jabatan Imigresen.

Imigresen tidak pilih bulu dalam serbuan


KUALA LUMPUR 10 Dis. - Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad menegaskan jabatannya tidak pilih bulu dalam menjalankan sebarang operasi dan serbuan terhadap agensi pekerja asing.

JMM desak Imigresen jawab


KUALA LUMPUR 9 Dis. - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menuntut penjelasan Jabatan Imigresen sama ada benar dakwaan serbuan hanya dibuat terhadap agensi pekerja asing yang enggan berdaftar dengan Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa).

Scorpene: Dakwaan Suaram palsu semata-mata


KUALA LUMPUR 4 Dis. - Propaganda pembangkang melalui pertubuhan tidak berdaftar, Suaram berhubung wujudnya perbicaraan di Mahkamah Perancis melibatkan isu kapal selam Scorpene jelas merupakan satu dakwaan palsu dan pembohongan semata-mata.

Friday, November 23, 2012

80 pasukan berentap Kejohanan Futsal Anak Muda Malaysia

LOUIS Cheong (dua dari kiri) bersama Omar Salleh (tiga dari kiri) dan Fairuz Yusuf (empat dari kiri) serta Muhammad Fauzi Ahmad (dua dari kanan) pada sidang media mengumumkan kejohahan futsal anjuran JMM di Ampang, dekat Kuala Lumpur, semalam
KUALA LUMPUR 22 Nov. - Sebanyak 80 pasukan dari seluruh negara bakal berentap dalam Kejohanan Futsal Anak Muda Malaysia anjuran Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang julung kali diadakan.

Wednesday, November 14, 2012

Saman media taktik lapuk keluarga Anwar - Farahhana


KUALA LUMPUR 8 Nov. - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar digesa tidak bermain politik 'kotor' seperti yang diamalkan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran tindakan beliau menyaman akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan media alternatif lain.

Tidak kisah dilabel 'pemimpin politik jalanan'


KUALA LUMPUR 10 Nov. - Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah tidak kisah dilabel sebagai 'pemimpin politik jalanan', sebaliknya berbangga dengan perjuangan pertubuhannya yang dianggap dekat dengan hati masyarakat.

Menurut Azwanddin, beliau tidak pernah berniat untuk menjadikan pertubuhannya itu platform bagi mencapai kepentingan sendiri.

Sunday, November 4, 2012

Kenyataan JMM berkaitan isu Nazri


KUALA LUMPUR 3 Nov. - Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah berpendapat, dakwaan yang dibuat oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli mengenai hubung kait antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dengan ahli perniagaan balak, Michael Chia mampu menjadi isu kepada kerajaan.

Friday, October 19, 2012

SUARAM digesa perjelas isu bawa Bourdon


Kuala Lumpur: SUARAM perlu menjelaskan kaitan peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon yang dibawa mereka ke Malaysia untuk memberi taklimat berhubung isu kapal selam Scorpene dengan George Soros.

Bayar empat kali ganda nilai rumah


Petaling Jaya: Kerajaan Selangor perlu membayar empat kali ganda nilai rumah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang ingin dibelinya daripada pembeli.

Monday, October 15, 2012

Suaram pernah cuba gugat kestabilan Indonesia



Jangan pandang remeh keupayaan SUARAM dalam apa-apa isu yang melibatkan keselamatan Negara ini. Pemerintah wajar tegas. Kerajaan Indonesia pernah meminta Kerajaan Malaysia pantau kegiatan SUARAM ini kerana menganggu keharmonian Indonesia lewat 90 an. Campur tangan SUARAM tentang isu Timur Timur dalam Wilayah Indonesia telah menyebabkan Indonesia kehilangan Wilayah tersebut dan kini telah wujud sebuah Negara Kristian – Timor Lestea.