Friday, October 19, 2012

Bayar empat kali ganda nilai rumah


Petaling Jaya: Kerajaan Selangor perlu membayar empat kali ganda nilai rumah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang ingin dibelinya daripada pembeli.


Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, berkata ia bukan saja untuk membela nasib golongan miskin dan tidak berkemampuan untuk menjelaskan pinjaman perumahan, malah untuk memberi kekayaan kepada rakyat negeri itu.

"Saya tidak nampak mengapa tidak, kerana sebelum ini kerajaan negeri itu sanggup membayar empat kali ganda bagi menyelesaikan hutang Talam Corporation Berhad (TALAM).

"Takkan kerajaan negeri PKR hanya memberi kekayaan kepada kroni mereka dan bila ia membabitkan rakyat miskin, mereka tidak memberi ganjaran pada kadar sama," katanya di sini, semalam.

Isnin lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri bercadang membeli rumah daripada pembeli PKNS yang menghadapi masalah hutang dan menyewakannya semula kepada mereka.

No comments:

Post a Comment