Saturday, September 29, 2012

Malaysiakini tali barut pihak asing


KUALA LUMPUR 24 Sept. - Penglibatan Malaysiakini dalam menyebarkan agenda asing menerusi laporan berita bertopengkan nilai demokrasi membuktikan peranan portal propembangkang itu sebagai tali barut kepada pihak luar yang mahu menguasai negara.


Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, hakikatnya penubuhan Malaysiakini adalah kerana kegagalan pihak luar, khususnya golongan Yahudi untuk mengawal media tempatan dalam menyebarkan agenda mereka.


Katanya, dalam situasi negara-negara jiran seperti Indonesia serta Thailand ‘tewas’ dengan strategi golongan berkenaan, media tempatan cukup kuat melawan penyebaran agenda pihak luar.

“Kalau kita lihat, strategi pihak asing terutamanya Yahudi untuk menguasai dunia adalah menerusi kewangan dan media. Kita boleh lihat kaitannya hari ini, Malaysiakini juga dikaitkan dengan penerimaan dana daripada penyangak mata wang, George Soros.

“Ini bukannya perkara baru, ia berlaku di seluruh dunia, tetapi media tempatan cukup kuat untuk melawan hasutan tersebut. Saya melihat Malaysiakini merupakan bentuk baru ‘tali barut’ dalam penyebaran agenda serta propaganda pihak asing di negara ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai penglibatan Malaysiakini dalam agenda asing untuk menguasai politik negara dan menukar kerajaan sedia ada melalui laporan berita bertopengkan nilai demokrasi serta kebebasan bersuara.

Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay pula menyifatkan Malaysiakini sebagai ejen penyebar propaganda pihak asing di negara ini.

Katanya, rakyat mungkin tidak sedar tetapi laporan-laporan berita portal berkenaan yang bertopengkan nilai demokrasi serta kebebasan bersuara merupakan strategi halus pihak asing untuk menguasai minda masyarakat di negara ini.

“Baru-baru ini, Malaysiakini didakwa menerima dana daripada Soros, ini menguatkan lagi dakwaan bahawa portal berita itu adalah ejen penyebar propaganda pihak asing. Ini cara pihak luar seperti Soros mahu ‘menceroboh’ negara kita," katanya.

No comments:

Post a Comment