Thursday, September 6, 2012

BNM didesak siasat Suaram


KUALA LUMPUR 2 Sept. - Bank Negara Malaysia (BNM) didesak menyiasat aliran dana masuk dan keluar Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengikut Akta Anti Pengubahan Wang Haram dan Anti Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).


Peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun berkata, pengakuan Suaram menerima dana asing dari Amerika Syarikat, Kanada dan Finland tetapi tidak menyatakan siapa dan jumlahnya boleh menimbulkan syak wasangka.


"Penerimaan itu boleh dianggap sebagai pengubahan wang haram dan BNM harus menjalankan siasatan mengikut AMLATFA.

"Bank Negara perlu bertindak menyiasat dan mengambil tindakan segera ke atas Suaram," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, pelbagai pertubuhan bukan kerajaan seperti Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mempertikaikan pihak yang bertanggungjawab dalam isu membabitkan Suaram jika ia dikatakan bukan terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Tambah Mohd. Hafarizam, isu membabitkan aliran masuk dan keluar wang Suaram adalah bidang kuasa BNM selaku bank pengawal aliran keluar masuk.

Pada masa sama, beliau berkata, penerimaan dana asing itu boleh menimbulkan satu ancaman kepada negara kerana Suaram dilihat lebih vokal mengkritik mengenai isu politik.

"Ini boleh dianggap sebagai satu ancaman kerana wang tersebut bukan digunakan untuk perpaduan rakyat, sebaliknya mencernakan aspirasi pembangkang dan mengancam kestabilan politik negara.

"Kita juga tidak menolak kemungkinan Suaram digunakan oleh badan asing untuk mengganggu-gugat keharmonian, keselamatan dan juga keluhuran undang-undang Malaysia," katanya.

Sementara itu, Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Kedah, Khairul Anuar Ramli pula menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan dan menyiasat Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Mohd. Naim Daruwish.

Katanya, tindakan Mohd. Naim yang seolah-olah takut mengambil tindakan ke atas Suaram perlu disiasat oleh PDRM dan SPRM.

"Kita gesa polis dan SPRM segera menjalankan siasatan terhadap Mohd. Naim," katanya.

2 comments:

  1. .

    (( Take Note )) Anda Tentukan - Rakyat Terengganu Atau Rakyat Selangor Rakyat Terbodoh?..


    Saya mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah kurang 5 tahun, hutang selesai. Bandingkan dengan Terengganu yang diperintah BN sejak 50 tahun dulu... Kat mana hebatnya Pemimpin UMNO yang menafikan kewibawaan Pemimpin Pakatan Rakyat? Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul..

    Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.

    Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR.... Yakin dan percayalah, anda tak rugi apa2 jika bg peluang kpd PR malah untung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Saya duduk di Rawang Selangor tiada masalah hingga kini. Walaupun tiada perubahan drastik, saya berasa begitu aman dan tenteram sebab pemimpin tidak melakukan songlap duit rakyat

      Delete