Tuesday, January 24, 2012

KEMPEN EDAR RISALAH LGBT

Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) kini terus bergiat aktif untuk kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya anasir LGBT yang kian berleluasa di negara ini.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, usaha ini akan sentiasa dijalankan memandangkan gerakan  LGBT dikesan akan menular di kalangan pelajar sekolah.

Tegasnya lagi masyarakat harus diingatkan tentang gerakan LGBT ini agar ianya dapat dihalang daripada terus berleluasa, ianya harus dibendung apatah lagi semua agama menolak aktiviti seks bebas,lesbian, gay,bio seksual serta penukaran jantina.

"Kempen ini akan terus dijalankan di seluruh negara."tegas Azwanddin Hamzah ketika ditemui di Ampang baru baru ini.

Sehingga kini sebanyak 100,000 risalah telah dicetak dan diedarkan secara berperingkat ke seluruh Negeri Selangor.

JMM mensasarkan untuk mencetak sejumlah 300000 risalah yang akan diedarkan ke seluruh negara bagi menyedarkan masyarakat mengenai ancaman seks songsang ini terhadap masa depan anak-anak bangsa Malaysia.

No comments:

Post a Comment