Friday, March 25, 2011

Antara Dua Garisan - Temubual Esklusif Bersama Pemimpin

Sebaik sahaja berakhirnya Majlis Pelancaran Penerbitan program Television Antara Dua Garisan, JMM terus menjalankan sesi temubual bersama pemimpin yang bermula daripada 21hb Mac sehingga 8hb April 2010 yang melibatkan beberapa Menteri, Timbalan Menteri dan tokoh-tokoh NGO.

Pemimpin dan tokoh yang telah memberikan komitment kepada rancangan ini akan ditembuual oleh moderator daripada Indonesia. Seterusnya rakaman di pihak pemimpin dan tokoh-tokoh daripada Indonesia akan dijalankan sebaik sahaja proses rakaman di Malaysia berakhir.


Antara Dua Garisan akan melalui proses suntingan sebelum disiarkan di stesen televisen Indonesia iaitu TVRI. Program bagi musim 1 ini mengandungi 14 buah episod akan memperincikan pelbagai bentuk dan titik persamaan yang telah dikongsikan bersama baik daripada kerajaan mahupun dengan rakyat di kedua-dua negara.

Timbalan Menteri Pelajaran dan Ketua Editor Kumpulan Utusan, mengucapkan tahniah kepada JMM di atas inisiatif yang diambil membantu membentuk persepsi yang sebenarnya mengenai kemesraan yang dikongsikan oleh kedua-dua negara.




No comments:

Post a Comment