Saturday, October 16, 2010

Perhimpunan Gerakan Anti Malaysian Insider tetap diteruskan

Kenyataan Rasmi

KUALA LUMPUR -15 Oktober  Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah memutuskan untuk terus mengadakan Perhimpunan Gerakan Anti Malaysian Insider - TUTUP & TANGKAP TALIBARUT dan PENGKHIANAT pada masa yang terdekat walaupun 4 pemimpinnya telah ditahan oleh pihak Polis semasa berjalan keluar dari Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar Kuala Lumpur kira-kira jam 1.55petang selepas mengerjakan solat Jumaat tadi.

Tindakan menahan keempat-empat pemimpin termasuk Yang DiPertua JMM Azwanddin Hamzah lansung tidak mematahkan semangat juang Jujur & Amanah bagi mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKM) mengambil tindakan dengan menutup operasi portal TALIBARUT & PENGKHIANAT The Malaysian Insider.

Walaupun perhimpunan itu telah dihalang oleh pihak Polis, JMM tetap menyampaikan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada hampir 600 orang ahli terdiri daripada pelbagai bangsa yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan perhimpunan yang dijadualkan.

JMM juga bangga dengan sikap profesional dan disiplin tinggi yang telah dibuktikan oleh setiap ahli-ahli JMM untuk tidak menimbulkan sebarang provokasi sewaktu 4 pemimpin pertubuhan ini ditahan oleh pihak Polis.

JMM yakin perhimpunan aman tetap akan diadakan dapat dijalankan dengan jayakan bagi menyamapaikan hasrat dan suara rakyat khususnya peranan The Malaysia Insider yang dilihat seolah-olah mempunyai agenda untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian rakyat.

Jika pihak Polis juga telah menahan pemimpin JMM maka kami juga mendesak pihak Polis juga mengambil tindakan untuk menahan pengkhianat dan talibarut asing Kalimulah, Shaik Aqmal, Sreedhar Subramaniam, Jahabar Sadiq.

"Jujur & Amanah Satu Perjuangan"

TUTUP! TUTUP! TANGKAP! TANGKAP! The Malaysian Insider TALIBARUT & PENGKHIANAT

Setiausaha Agung JMM

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete