Wednesday, September 15, 2010

JMM sokong tutup The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menyokong gesaan bekas Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari yang meminta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menutup operasi portal berita The Malaysian Insider.

Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, JMM turut mencadangkan supaya pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan SKMM menyiasat dan mendedahkan individu-individu dan organisasi yang membiayai portal berita tersebut.

"Hasil siasatan yang diperoleh juga perlu diumum dan didedahkan kepada rakyat agar penglibatan mereka dari dalam dan luar negara di dalam portal ini diketahui umum.

"JMM telah mendedahkan beberapa kali bahawa antara pembiaya tempatan bagi portal tersebut ialah Regalia Record Management iaitu anak syarikat VPI International dan Efficient E- Solution Berhad," katanya.

Menurut Azwanddin, JMM turut mendedahkan di antara individu yang terbabit adalah Datuk Seri Kalimullah Hassan, Shaik Aqmal Shaik Alauddin dan Sreedar Subramaniam.

"Individu tersebut mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam syarikat tersebut," jelasnya.

Dalam pada itu, Azwanddin menyeru kepada individu terbabit supaya tampil membantu siasatan pihak berkuasa bagi menyelesaikan sebarang masalah yang ditimbulkan portal berita tersebut.

"Saya percaya mereka mempunyai maklumat lengkap untuk menjelaskan kesemua identiti pembiaya The Malaysian Insider yang terbabit dengan agenda politik anti Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia," katanya.

-source Utusan Malaysia 15/09/2010

No comments:

Post a Comment