Thursday, August 26, 2010

KITA MELAYU YANG SALAH

Tanggal 23 Ogos bertempat di Hotel De Palma Ampang, satu persidangan meja bulat yang dipengerusikan oleh Sdr. Azwanddin Hamzah, Yang DiPertua JMM telah bersidang, membincang dan pertukaran pendapat bersama-sama 30 orang wakil-wakil pelajar IPT/IPTS sebulat suara secara kolektif merumuskan satu resolusi "MELAYU MESTI BERSATU".

Di dalam persidangan tersebut, pelbagai informasi, kertas kerja dan kajian ke atas senario dan polar perubahan minda orang-orang MELAYU pada masa ini telah dibentangkan dan diperbincangkan selama hampir 6 jam.

Pada akhir persidangan tersebut, kesemua wakil-wakil yang hadir bersetuju dan memperakui hasil kajian yang dibentangkan mengenai tuntutan pelbagai pihak terhadap hak dan keistimewaan MELAYU membuktikan bahawa " KITA ORANG MELAYU YANG SALAH".

Izin saya memperincikan konteks dan definasi KITA di dalam persidangan tersebut mengakui bahawa KITA itu adalah terdiri daripada saya, yang dipertua, wakil-wakil pelajar yang hadir, wakil-wakil media, pemimpin-pemimpin masyarakat, pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh politik, pelajar-pelajar, guru-guru, pegawai-pegawai kerajaan dan swasta, kerani-kerani kerajaan dan swasta, peniaga-peniaga kecil, ahli-ahli koperat, ahli-ahli perniagaan, kontraktor-kontraktor, pengerusi-pengerusi persatuan dan kelab, yang bekerja dan yang tidak bekerja, yang miskin dan yang kaya, ayah-ayah, ibu-ibu, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik dan setiap orang yang berbangsa MELAYU.

Ingin saya berkongsi pengalaman dengan saudara-saudara pembaca sekalian, sewaktu seorang wakil pelajar IPT membentangkan statistik perpaduan orang-orang MELAYU yang semakin menurun semenjak 5 tahun yang kebelakangan ini, ada diantara kami yang menitis air mata melihat geraf penurunan kekuatan perpaduan bangsa MELAYU yang selama ini telah diperjuangkan oleh nenek moyang KITA terdahulu kini semakin longlai, lesu dans emakin menunduk layu jika tidak diperbaiki semula.

Sejarah adalah satu rekod mengenai sesuatu fakta yang telah berlaku pada masa lampau> sejarah mendidik kita untuk menjadikan fakta terdahulu sebagai panduan dan pengajaran buat generasi masa hadapan. Penghayatan sejarah Melayu boleh dijadikan ikhtibar kepada KITA. Sejarah 1946 telah menunjukkan kepada dunia luar dan bangsa-bangsa lain bahawa orang-orang MELAYU yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang telah bersatu untuk mencapai satu tujuan iaitu menentang penubuhan Malayan Union yang diilhamkan oleh Inggeris sebagai sebahagian agenda untuk terus menjajah Tanah Melayu.

Sejarah 1957 juga membuktikan kepada dunia bahawa kebijaksanaan orang-orang Melayu waktu itu tidak dapat dipertikaikan. Bangsa Cina, India dan lain-lain telah mengangkat pemimpin Melayu sebagai pemimpin untuk memimpin sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan.

Sememangnya Bangsa Melayu ialah bangsa yang bijak. Hang Tuah berjaya meminang Tun Teja tanpa pertumpahan darah. KITA mencapai kemerdekaan daripada Inggeris melalui rundingan dan berjaya meletakkan kepentingan agama dan bangsa di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Penjajahan akan terus berlaku di dunia ini walaupun zaman sudah berubah dan penjajahan berbentuk kekuatan tentera bukan lagi merupakan senjata dan strategi utama yang digunakan. Dunia Barat tetap dan akan sering mencuba menjajah Asia di dalam pelbagai konteks. Samada serangan ekonomi, serangan politik mahupun  serangan ke atas Agama Islam. Cita-cita Barat tetap diteruskan kerana Asia dilihat sangat penting kepada keutuhan dan kestabilan politik, agama dan ekonomi negara mereka.

Penjajahan Barat tidak lagi menggunakan kekuatan tentera bagi mencapai agenda mereka kerana kos peperangan adalah sangat tinggi dan juga menyebabkan kadar kematian yang tinggi kepada kedua-dua pihak. Penjajahan Barat kini lebih tertumpu kepada untuk mengucar kacirkan negara tersebut melalui gerakan yang dilakukan oleh rakyat negara tersebut. Penjajah Barat memberikan pelbagai bentuk bantuan dari segi kewangan, kepakaran tenaga, teknikal dan penguasaan media bagi mengaturkan gerakan ini

Kaedah yang paling murah dan effektif melalui melancarkan serangan minda dengan cara mencipta pelbagai propaganda untuk memecah belah kekuatan dan perpaduan di dalam negara. Penjajah Barat akan bekerjasama dengan individu yang berpengaruh di dalam negara tersebut dan menawarkan pelbagai sokongan kewangan, tenaga kerja, medai dan sebagainya. Penjajah Barat tidak akan dilihat cuba mencmpuri urusan pentadbiran dan dasar sesuatu negara kerana Penjajah Barat kini lebih cerdik dengan mengamalkan teknik "baling batu sembunyikan tangan".

Maka kaedah komon yang sering diguna pakai oleh Penjajah Barat iaitu "divide and roll" dilakukan bagi melonggarkan perpaduan dan membahagikan kekuatan rakyat kepada penyokong kerajaan dan penentang kerajaan. Ini telah terbukti sebelum Afghanistan dan Iraq diserang, penjajah akan meletakkan gerakan dari dalama negara untuk bangun menentang pemimpin mereka. Namun begitu, pemerintah Iran gagal digulingkan oleh gerakan dalaman kerana rakyat Iran bersatu menyokong pemimpin mereka dan menentang sebarang cubaan Penjajah Barat.

Apabila gerakan dalaman sudah bermula, maka Penjajah Barat akan menggunakan pengaruh media asing dan dalam bagi menjayakan propaganda memburuk-burukkan negara tersebut di dunia luar sehingga mencipta suatu persepsi kepada masyarakat bahawa kerajaan di negara tersebut melakukan penindasan kepada rakyatnya. Tidak cukup dengan serangan merosakkan minda rakyat, serangan ekonomi seperti mengunakan pengaruh pasaran dunia dan bursa dunia menjatuhkan nilai sesuatu komoditi negara tersebut dengan tujuan rakyat menurunkan pendapatan perkapita di dalam negara tersebut dan menyebabkan kuasa beli rakyat di negara tersebut berkurangan. Kesannya, rakyat akan bangun memberontak dan menentang kerajaan. Apabila sesuatu bangsa tersebut telah berpecah maka proses menjajah seterusnya sangat mudah khususnya meletakkan pemimpin yang boleh mengikut telunjuk dan kehendak agenda Barat. Maka apabila ini terjadi, kerajaan yang baru dipilih oleh rakyat adalah sebenarnya dalang-dalang yang telah mengaturkan untuk mencapai ke peringakat yang dirancangkan.

Kerajaan yang baru dipilih akan mencapai agenda politik mereka sendiri dan Penjajah Barat akan dapat menguasai ekonomi dan agama. Ini adalah satu bentuk pelaburan yang dibiayai oleh Penjajah Barat.

Selepas pilihanraya 2008, orang-orang MELAYU menjadi lemah kerana ideologi politik telah membahagikan bangsa kepada 4 golongan MELAYU iaitu MELAYU yang menyokong UMNO, MELAYU yang menyokong PAS, MELAYU yang menyokong PKR dan MELAYU yang di atas pagar atau lebih senang dipanggil MELAYU semuanya takpa.

Akibatnya berlaku pelbagai pergeseran ideologi yang secara perlahan-lahan menyematkan perasaan KITA membenci sesama bangsa dan agama. Seperti perancangan "divide and roll" oleh agenda Barat, KITA telah berpecah dan tidak bersatu. Kesempatan ini diambil seluas-luasnya oleh bangsa-bangsa lain untuk menuntut sesuatu yang mereka telah fikirkan bahawa mereka layak bertanya, menyoal dan mendapat melalui tuntutan-tuntutan yang dikemukakan.

Tuntutan Chua Soi Lek, Tony Pua, Lim Kit Siang merupakan permulaan daripada kesan MELAYU TIDAK BERSATU. Orang Melayu KITA yang mengecam Kerajaan sedia ada dengan pelbagai andaian, pertuduhan, syak wasangka dan lain lain lagi yang mananya semua kecaman tersebut  KITA telah menggunakan rujukan artikel-artikel, ceramah-ceramah dan propaganda dari dalang-dalang Penjajah Barat.

Saya amat kecewa dan sedih ke atas apa yang berlaku terhadap penyatuan Melayu khususnya di dalam isu penggunaan Kalimah Allah. Saya tidak menyalahkan bangsa-bangsa lain yang membuat tuntutan tersebut kerana mereka mempunyai suara untuk menyuarakannya. Kekecewaan saya ialah kepada Bangsa saya iaitu Bangsa Melayu yang didefinasikan di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai yang beragama Islam, bercakap Bahasa melayu dan mengamal budaya Melayu itu sendiri TIDAK BERSATU mempertahankannya secara kolektif.

KITA orang Melayu lebih berani menentang bangsa sendiri, menentang Raja-Raja Melayu daripada bangun mempertahankan pengunaan kalimah Allah oleh pihak gereja Katholik. Itulah saya saya katakan bahawa saya dan saudara saudari sendiri yang bersalah di atas kegagalan kita bersatu khususnya di dalam isu yang melibatkan Agama Islam.

KITA mengiyakan kata-kata pemimpin Islam yang mengatakan tak apa penggunaan Kalimah Allah. KITA tidak menentang secara kolektifnya pemimpin Melayu yang bersetuju kalimah Allah ini diguna pakai khasnya di Sarawak di dalam kempen dan ceramah pilihanraya.

Jadi saya mohon janganlah kita mencuci tangan mengatakan bahawa KITA tidak bersalah. Kerana dasar KITA sendiri yang taksub kepada pemimpin Islam dan Melayu tadi, KITA sanggup menipu diri KITA sendiri dengan mengiya-iyakan kata-kata pemimpin-pemimpin tadi.

Sememangnya layak juga Chua Soi Lek, Tony Pua, Lim Kit Siang dan lain-lain lagi membangkitkan isu-isu sensitif dan hak orang-orang Melayu. Mereka juga pemimpin kepada parti-parti yang mereka dokongi. Mereka juga perlu mencapai agenda politk peribadi dan parti untuk kepentingan pengikut-pengikut mereka. Sama juga seperti orang-orang MELAYU jika KITA ini adalah bangsa yang minoriti menentap di Negara China dan apabila bangsa majoriti iaitu China tidak bersatu, sudah pasti kita juga akan melakukan berbagai-bagai tuntutan untuk bangsa kita sendiri.

"Sesuatu bangsa itu tidak mempunyai sebarang erti jika bangsa itu sendiri sanggup melupakan sejarah masa silamnya pasca menukar warisan bangsa dan kebudayaan. Ini adalah satu hakikat yang tidak boleh ditolak kerena setiap bangsa di dunia ini mempunyai identitinya yang tersendiri iaitu sejarah bangsanya".

KITA orang-orang Melayu termasuk diri saya sendiri yang menyebabkan mereka berani dan bangun bersuara menuntut pelbagai tuntutan yang sudah tidak perlu dipertikaikan lagi khususnya yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

KITA ORANG-ORANG MELAYU YANG SALAH kerana kita lalai, mengiyakan sesuatu pembohongan, menipu diri sendiri, sikap takpa, sikap busuk hati dan dengki, sikap mencaci sesama bangsa dan agama, sikap mengatakan aku lebih Melayu, sikap aku lebih Islam, sikap kurang ajar kita terhadap pemimpin negara, sikap kurang ajar kita kepada raja-raja melayu, sikap hanya berani melawan sesama bangsa dan inilah sebenarnya KESALAHAN KITA ORANG MELAYU.

Kenapa pada hari ini, ada pemimpin MELAYU membuka ruang dan peluang untuk berkompromi dengan dengan bangsa-bangsa lain. KITA sebenarnya yang bersongkol dengan pemimpin-pemimpin MELAYU yang sanggup berkompromi di dalam agama, ekonomi dan politik.

Ada pemimpin Islam yang bersekongkol dengan pemimpin yang secara terang-terangnya menentang agama Islam sebagai agama rasmi negara ini. Ada pemimpin MELAYU yang sanggup berkompromi dengan hak-hak dan keistimewaan orang-orang MELAYU semata-mata untuk memuas nafsu serakah agenda politik dan dendam peribadi.

KITA bukan sahaja membiarkan diri menjadi tunggangan di dalam politik dan agama bahkan di dalam ekonomi juga. MELAYU membiarkan sahaja kontrak-kontrak Kerajaan di Ali-Baba kan. MELAYU membiarkan sahaja tanah-tanah milik orang MELAYU dijual kepada bangsa asing. MELAYU membiarkan sahaja orang-orang MELAYU menjadi bankrap. MELAYU membiarkan orang-orang MELAYU merempat di negara dan tanah air sendiri dan memberikan peluang kepada bangsa-bangsa asing untuk berjaya di dalam ekonomi.

KITA juga sering mengklasifikasikan MELAYU itu dengan berbagai-bagai nama dan gelaran seperti MELAYU pas, MELAYU umno, MELAYU pkr, MELAYU liberal, MELAYU lalang, MELAYU islam dan sebagainya. Harus diingatkan kepada saudara pembaca sekalian bahawa Islam dan MELAYU itu adalah sinonim di dalam negara ini dan ianya selari dengan Perlembagaan Persekutuan. Tidak boleh ada mana-mana pihak mengatakan bahawa dia lebih MELAYU atau dia lebih Islam.

KITA ORANG MELAYU SALAH juga kerana lalai menjaga wasiat yang telah diperturunkan kepada oleh nenek moyang terdahulu yang berjuang bersungguh-sungguh dari segi masa, wang ringgit, keringat dan darah demi menjaga generasi yang akan datang. Kesenangan KITA sekarang hasil usaha mereka yang terdahulu daripada KITA. Bagaimana pula dengan generasi akan datang dan apakah KITA mampu mereka menikmati apa yang telah kita rasai dan kecapi? Tepuk dada tanya selera!

Kajilah sedalam-dalamnya bahawa apa yang telah berlaku pada hari ini tidak akan terhenti dengan secara sendirinya jika KITA tidak insaf dan musibah diri untuk kembali merapatkan shaf bangsa MELAYU. Janganlah hendak menyalahkan bangsa lain di atas apa yang berlaku pada orang-orang MELAYU hari ini kerana kesemuanya berlaku di atas perbuatan KITA sendiri yang sanggup berkompromi di dalam agama, politik dan ekonomi orang-orang MELAYU.

Ingatlah, bahawa hancurnya kegemilangan Empayar Melaka yang bertahan hampir 100 tahun kerana perbuatan orang-orang MELAYU itu sendiri yang merelakan dan bekerjasama dengan penjajah dan sanggup bertuankan penjajah barat daripada orang-orang MELAYU sendiri.

KITA tidak boleh meletakkan segala usaha untuk menyatukan MELAYU ini kepada pemimpin-pemimpin MELAYU kerana sebagai pemimpin kepada pelbagai bangsa, mereka mestilah berlaku adil kepada semua bangsa dan agama. Usaha menyatukan MELAYU ini terletak ditangan saya, ayah-ayah, ibu-ibu, abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik semua yang diberikan nama Bangsa MELAYU.

Contohilah Bangsa China walau di mana jua mereka menetap, perpaduan dan penyatuan mereka telah membawa mereka berjaya di dalam pelabgai cabang walaupun bangsa mereka sebagai bangsa yang minoriti sahaja di dalam negara tersebut.

MELAYU MESTI BERSATU DI DALAM AGAMA, POLITIK dan EKONOMI

-Setiausaha Agung JMM-

No comments:

Post a Comment