Wednesday, August 17, 2011

Kenyataan Media - PPSMI Biar Ibubapa tentukan terbaik untuk anak mereka


1.      
Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia mengadakan sidang media pada hari ini bagi membentangkan hasil kajian yang telah dijalankan oleh JMM selama hampir 4 bulan mengenai pandangan dan maklumbalas ibubapa terhadap masa hadapan anak-anak mereka khususnya selepas alam persekolahan.

2.      JMM tidak pernah melibatkan diri ke dalam isu PPSMI kerana isu ini telah di polimik dan dipolitikan dan tidak mahu terheret ke dalam kancah politik. Oleh itu, JMM telah membuat keputusan agar mendapatkan pandangan dan suara hati daripada ibubapa pelajar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenai PPSMI.


3.      Di atas dasar tersebutlah, JMM telah mengadakan kaji soal selidik dikalangan ibubapa mengenai masa hadapan anak-anak mereka sendiri. Kajian yang dijalankan oleh JMM tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak baik daripada pertubuhan-pertubuhan lain mahupun daripada kerajaan dan parti-parti politik.

4.      Kajian yang dinamakan sebagai “Impian dan Harapan” telah dilakukan oleh JMM bagi mendapat maklumbalas yang sebenarnya mengenai peranaan penguasaan Bahasa Ingeris di dalam subjek penting khususnya Matematik dan Sains. Hasil daripada hampir 15000 maklumbalas yang diterima daripada pihak ibubapa / penjaga, JMM pada hari ini mendedahkan hasil kajian ini kepada umum untuk dinilai dengan sebaik-baiknya.

5.      Konklusinya JMM telah merumuskan bahawa sebanyak 54.80% ibubapa tidak bersetuju matapelajaran Sains dan Matematik ditukar kepada Bahasa Malaysia berbanding dengan 32.15% yang bersetuju agar kedua-dua subjek ini diajar di dalam Bahasa Malaysia seperti yang telah diputuskan oleh kabinet kerajaan.

6.      JMM berpendapat pandangan ibubapa merupakan satu hasrat yang jujur mengenai impian dan harapan untuk melihat anak-anak mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negera, bekerja dengan syarikat-syarikat multinasional mahupun mampu untuk bekerja diluar negara sekiranya pasaran pekerjaan terhad di dalam negara.

7.      JMM yakin pandangan yang disampaikan oleh ibubapa pelajar sama sekali tidak menolak Bahasa Kebangsaan sebagaimana yang telah diamalkan oleh ibubapa mereka terdahulu yang mempunyai latarbelakang pendidikan Inggeris tetapi pada masa yang sama menggangkat Bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan dirumah.

8.      Ibubapa seharusnya diberikan pilihan menentukan pengunaan bahasa yang akan diajar bagi subjek Sains dan Matematik bagi kepentingan anak-anak bangsa  sebagaimana mereka telah menentukan bahasa pertuturan di rumah masing-masing.

9.      JMM juga merumuskan bahawa ibubapa sedar mengenai kepentingan pengguasaan pelbagai bahasa selain daripada Bahasa Kebangsaan bagi mempertingkat ilmu dan pengetahuan yang dapat digunakan oleh anak-anak mereka di dalam membina kerjaya.

10.  JMM menghormati pandangan dan hasrat ibubapa serta penjaga yang telah memberikan maklumbalas yang mahukan kedua-dua subjek ini di kekalkan di dalam Bahasa Inggeris. Walaupun mengikut perlembagaan pertubuhan ini mengangkat agenda Bahasa Kebangsaan, namun pada masa yang sama JMM berpendapat sudah sampai masanya dan ketikanya semua pihak harus menolak emosi dan bertindak rasional mendengar pandangan dan maklumbalas ibubapa sendiri mengenainya.

11.  JMM tidak akan bersikap hipokrik mengenai kepentingan masa hadapan anak bangsa dan menasihati agar semua pihak bekerjasama tidak menggunakan isu PPSMI untuk mengheret ibubapa ke dalam kancah politik demi kepentingan anak-anak bangsa Malaysia. Pandangan yang benar dan jujur diluahkan oleh ibubapa adalah fakta yang seharusnya dipertimbangkan dan diterima oleh semua pihak.

12.  JMM juga ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pentadbir sekolah, pengetua-pengetua, gurubesar-gurubesar, guru-guru dan ibubapa pelajar yang telah bekerjasama menjayakan kajian Impian dan Harapan ini.


“Jujur & Amanah Satu Perjuangan”

               
Yang Benar,
AZWANDDIN BIN HAMZAH
Presiden

4 comments:

  1. Alhamdulillah. Bagaimana hendak mendapat metodologi kajian ini dengan lebih lanjut?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Trend Keputusan SPM 2004 - 2010 juga menunjukkan perangkaan positif jurang prestasi antara bandar dan luar bandar semakin rapat. Pelajar luar bandar banyak mendapat manfaat PPSMI. Terbukti dengan peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik untuk luar bandar. Nantikan kajian kami pula. www.pagemalaysia.org

    ReplyDelete