Saturday, October 9, 2010

Pengerusi HINDRAF - Sengaja melagakan isu perkauman

P. Waytha Moorthy pemimpin HINDRAF yang tinggal di LONDON merupakan seorang Peguam telah melarikan diri dari Malaysia pada 26 November 2007 kerana takut ditahan dibawah ISA di atas propaganda palsu beliau serta tindakan beliau yang mahukan artikel 153 Perlembagaan Persekutaun dibuang dan menamakan Malaysia sebagai negara sekular dan bukan sebagai Negara Islam.

Beliau lebih dilihat sebagai pemimpin yang mahu menghapuskan Islam dengan menipu kepada dunia bahawa selepas kemerdekaan 1957 bangsa India ditinggalkan oleh British kepada orang Melayu Islam untuk dihapuskan.

Sebenarnya, belaiu sendiri tidak memahami sejarah dan penubuhan Perlembagaan Persekutuan yang telah dicapai melalui kata sepakat dan rundingan oleh pemimpin pelbagai bangsa yang terdahulu seperti Tan Cheng Lock dan VT Sambathan yang mewakili masyarakat India.

Friday, October 8, 2010

HINDRAF putarbelit titah Baginda DYTM Sultan Johor

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) melahirkan rasa marah dengan sikap dan tindakan biadap oleh P. Waytha Moorthy , Pengerusi HINDRAF yang berpengkalan di London tentang kenyataan beliau memarahi DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang memberi nasihat dan teguran kepada semua pihak untuk tidak mencabar Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan P.Waytha Moorthy jelas juga dibuat dengan niat memutarbelit titah DYMM Sultan Johor dengan tanpa menilai titah Baginda yang sebenarnya.

JMM memberi amaran kepada beliau supaya tidak mengeluarkan kenyataan memperkecilkan dan mempersendakan keistimewaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Wednesday, October 6, 2010

Patuhi peringatan Sultan Johor, jangan cabar Perlembagaan

PERINGATAN keras Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar agar hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera tidak terus dicabar wajar dihormati oleh semua pihak yang selama ini begitu lantang mempertikaikannya.

Pihak-pihak berkenaan bukan setakat lantang mencabar hak-hak istimewa Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan, malah makin berani menyentuh kuasa-kuasa raja.

Malah, dalam sesetengah keadaan seperti mana yang pernah berlaku di Perak, tindak-tanduk pihak pembangkang telah sampai ke peringkat menghina kuasa dan martabat Sultan.

Ini bukan kali pertama peringatan sedemikian dikeluarkan, malah kebimbangan pihak istana mengenai isu yang sama pernah dititahkan oleh sultan-sultan negeri lain termasuk Selangor, Perak dan Perlis.