Wednesday, August 18, 2010

EXIM berdolak-dalih untuk mengadakan rundingan dgn JMM

Lanjutan daripada maklumat yang diterima oleh JMM mengenai dakwaan "salah-laku & penyelewengan" di dalam EXIM Bank ( Export-Import Bank of Malaysia Berhad).

JMM telah menulis surat meminta penjelasan melalui perbincangan diantara kedua-dua pihak melalui surat yang bertarikh 20hb Mei 2010 bil(1)JMM/EBB/01-2010 yang di alamatkan kepada Mohd Fauzi bin Rahmat, Managing Director/ Chief Executive Officer.

Di antara kandungan surat JMM " kami amat prihatin terhadap isu ini dan untuk pengetahuan tuan, baru-baru ini JMM telah mengeluarkan kenyataan media mengenai isu kerugian POS Malaysia Berhad, hasil daripada beberapa desakkan dari pelbagai pihak termasuk JMM sendiri, isu ini telah dibangkitkan di dalam Dewan Rakyat".

Perlantikkan CEO & COO EXIM diragui menepati syarat kelayakan

"Saya terpanggil untuk memberi response terhadap tulisan saudara dan juga oleh seorang ahli politik Pulau Pinang (YB Musa Sheikh Fadhil) dalam akhbar baru baru ini berkenaan dengan keberkesanan ceo ceo GLCs. Walaupun bukan daripada pengurusan kanan kami ingin berkongsi pengalaman dengan saudara tentang prestasi buruk CEO dan COO EXIM Bank M Bhd yang telah diamanahkan oleh Menteri berkenaan untuk meneraju Bank tersebut semenjak 2 tahun yang lalu."

"Kedua mereka telah dilantik kejawatan berdasarkan hubungan mereka dengan Encik Fazlur Rahman Ebrahim , yang kini merupakan CEO Prokhas. Semua orang maklum yang Encik Fazlur merupakan orang kanan Menteri (power broker/relative), yang pada pandangan ramai mengambil kesempatan dengan melantik kroni kroninya di beberapa jawatan penting. Malang sekali, disebabkan oleh pengalaman dan kelulusan yang tidak mencukupi (CEO Exim berkelulusan Geografi) sementara COOnya pula tidak berpengalaman dalam bidang pengurusan/analisa kredit. Disebabkan oleh kekurangan pengetahuan dibidang perbankan, terutamanya pembiayaan projek, maka EXIM Bank telah tidak dapat berperanan untuk menyokong pelabur Malaysia keluar negara sebagaimana yang diharapkan oleh pihak kerajaan. Mereka tidak dihormati kerana tidak berpengetahuan, seperti orang buta memimpin orang celik.

Sunday, August 15, 2010

Kejayaan Malaysia- Mengapa ada pemimpin politik memburuk-burukkan negara sendiri?

IMD (Institute of Management Development) WYC (World Competitive Year Book) mengiktiraf Malaysia sebagai pada kedudukan ke-10 negara yg mengamalkan pengurusan ekonomi yang baik. Pengiktirafan ini berlandaskan kepada implementasi keputusan kerajaan yang effektif, pelaburan yang berkualiti, risiko ketidakstabilan politik yang rendah serta kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak.

Di dalam lapuran WTO March 2010, Malaysia telah berupaya mengekalkan kedudukan No.21 sebagai pengeskport terbesar dunia dan No.28 sebagai pengimport. Disamping itu juga, Malaysia juga berupaya mengekalkan GDP pada kadar pertumbuhan yang baik walaupuan dunia mengalami kemelesetan ekonomi .

Selepas melepasi kemelesetan ekonomi Malaysia berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 4.4% tahun lepas dan menjangkaui kadar 10.1% pada suku pertama tahun ini.