Sunday, August 1, 2010

Agenda Sulit Kalimullah Untuk Siapa?

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR

KUALA LUMPUR 29 Julai - Ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Hassan diminta menjelaskan kepada umum agenda pertemuan sulit beliau dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada November lalu.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah yang mendakwa berlakunya pertemuan itu berkata, penjelasan Kalimullah sangat penting kerana beberapa pihak yang menghubungi beliau tertanya-tanya mengenai kebenaran pertemuan tersebut.

Beliau mendakwa, pertemuan Kalimullah dan Kit Siang turut dihadiri Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.

''Persoalan saya, apakah motif sebenar perjumpaan berkenaan pada hari itu.

Wednesday, July 28, 2010

Kalimullah atur pertemuan sulit dgn Lim Kit Siang - Agenda Nasional?

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah beberapa kali tampil membuat pendedahan melalui bukti dokumen mengenai penglibatan Dato Kalimullah yang telah melindungi pelarian Raja Petra Kamaruddin, penaja Malaysia Today portal yang sering memperburuk-burukkan kepimpinan negara di rumah yang didafatar di atas nama isteri beliau iaitu Helinna Hanum Dadameah.

JMM juga mendedahkan bukti dokumen penglibatan VPI International Sdn Bhd melalui syarikat yang mempunyai kepentingan di dalam Efficient E-Solution Bhd dan Regalia Records Management Sdn Bhd menaja portal Malaysian Insider portal yang diasaskan oleh Sreedhar Subramanian yang juga pernah menjadi Pengarah di dalam Efficient E-Solution Bhd.
Peranan kedua-dua portal ini dilihat bergerak seiringan di dalam menjayakan agenda merosakkan perpaduan dan keharmonian di dalam negara. Pendedahan tersebut jelas mengambarkan Dato Kalimullah sememangnya mempunyai hubung-kait dengan portal tersebut.

Sunday, July 25, 2010

Siasat surat terakhir Beng Hock

Oleh raja syahrir abu bakar syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 Julai – Pihak berkuasa diminta segera menyiasat kewujudan surat terakhir tulisan tangan dalam bahasa Cina oleh Teoh Beng Hock sebelum dia ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shah Alam, tahun lalu.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, kewujudan surat itu penting kerana ia berupaya membuktikan bahawa Beng Hock pada waktu itu menghadapi tekanan serta diugut bunuh oleh pihak tertentu dan bukannya SPRM.

‘‘Kewujudan surat tersebut perlu disiasat supaya mendiang Beng Hock dan SPRM mendapat inkues yang adil sementara peguam-peguam yang mewakili inkues tersebut tidak dipengaruhi oleh agenda jahat yang mahu memecahbelahkan perpaduan dalam negara.

‘‘Pelbagai pihak termasuk portal propembangkang, The Malaysian Insider, Malaysiakini dan Malaysia Today telah menyiarkan artikel yang menyalahkan SPRM dan kerajaan dengan mendakwa mendiang telah dibunuh oleh pihak SPRM,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.