Tuesday, November 8, 2011

PPSMI: Bukan keputusan 'flip flop'

"Keputusan kerajaan ini bukan 'flip flop.' Sewaktu saya membuat penggulungan di Dewan Rakyat mengenai PPSMI pada 2009 bahawa kita tidak akan teruskan dasar ini dan akan menggunakan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI), semua pihak bersetuju termasuk pemimpin pembangkang,"

PAGOH 5 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bukan keputusan yang bersifat 'flip flop'.

TPM nafi kerajaan buat keputusan sambil lewa dalam PPSMI

"Semua anggota Parlimen termasuk daripada pembangkang menyokong apabila kita laksanakan dasar Memartabat Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) untuk mengganti PPSMI,”

MUAR 5 Nov. — Timbalan Perdana Menteri menafikan kerajaan membuat keputusan sambil lewa berhubung pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pemansuhan PPSMI kekal

Muhyiddin berkata, kajian kementerian mendapati hanya 6 hingga 7 peratus sekolah yang melaksanakan PPSMI.

PUTRAJAYA 4 Nov. - Pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Melayu pada tahun 2016 dan untuk Sekolah Menengah pada 2021.